Friday, September 20, 2013

Hidup Tenang

Assalamualaikum readers..apa khabar semua?? Hope in healthy and wonderful life always :)

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu masuk sem baru ni, alhamdulillah sem ni terasa lebih tenang berbanding sem sem terdahulu. Walaupun sara ada repeat paper, tetapi alhamdulillah ramai yang memberi sokongan dan dorongan untuk menempuhi sem yang mencabar ni. Sara teramat amat bersyukur dapat ramai orang yang tidak jemu memberi semangat dan ada bersama di kala susah dan senang hidup ini.

Syukur Syukur Syukur:

Alhamdulillah Sara ada mak dan ayah yang sangat memahami dan banyak membantu anaknya yang banyak menyusahkan ni, huhu. Kadang kadang terasa diri ni banyak sangat menyusahkan, kalau menyusahkan tapi dapat result baik ok jugak, tapi hasilnya result sara uwaaaa, sedih bila ingat balik. Tapi nasib baik ada yang memotivasikan diri ini. Terima kasih atas nasihat dan kata kata yang bernas tu, motivasi diri ini makin meninggi alhamdulillah..:)

Alhamdulillah sebab sara ada kawan kawan yang best. Diorang sangat banyak membantu di kala susah dan senang, banyak memahami di kala ada masalah, dan tersangat caring untuk diri ini yang masih belajar untuk membuat sesuatu yang baru dalam hidup. Diorang bukan saja setakat kawan, malahan sara anggap macam adik beradik sebab tanpa diorang sara tak boleh nak hidup sengsorang kot, hee. Kami gembira bersama bersedih bersama. Sara nak mintak maaf kalau ada yang korang tak suka pasal sara, all humans are not perfect right? Sara sendiri pun amat banyak kekurangan dan sedar akan diri ini yang tidak sempurna di mata orang lain..:)

Alhamdulillah sebab dapat lecturer yang baik baik dan amat banyak membantu sedaya upaya untuk membantu anak muridnya ini supaya berjaya di dunia dan akhirat. Teringat satu pesanan seorang lecturer yang saya hormati, " jangan takut untuk repeat, rezeki kita Tuhan yang bagi, bukan sebab kita belajar, repeat pun belajar jugak, malahan belajar untuk mendalami lagi ilmu tersebut, walau extend sekali pun ada hikmahnya sebab kita sentiasa belajar dalam hidup kita berbanding orang yang dah habis belajar tapi tido makan tido makan di rumah sebab tak dapat kerja lagi".


Ni time sambut birthday Awin.

Before masuk kelas Arab..:)

Semasa menunggu ustaz datang.

Di K. Trg, karnival cake and bakery..:)

p/s: Belajar tak rugi, dalam hidup kita tak akan pernah pun kita berhenti belajar. Belajar daripada kesilapan dan berusaha menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat. Akhir kata, saya sayang semua orang yang menyayangi diri ini. LOVE UOLLS.

No comments:

Post a Comment

JoM CeLoTeH Di Cni..:)