Friday, May 20, 2011

JaNGan MeNcARi TeRLaLu SeMPuRNa...


Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja...Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.....Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah dia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu berharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH DIA seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS BERKEKALAN hingga ke AKHIRNYA.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi....yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU....Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL...

No comments:

Post a Comment

JoM CeLoTeH Di Cni..:)