Wednesday, August 8, 2012

SENTIASA BERSYUKUR

Alhamdulillah, sentiasa ucapkan perkataan itu dalam hidup kita supaya kita tidak lupa dari mana asal usul kita. Kadang-kadang kita merungut 'kenapa nasib kita macam ni?' 'mengapa jadi macam ni', tapi kita tak sedar bahawa semua itu datang dari Allah S.W.T. Hidup kita diuji kerana Allah masih sayang kat kita. Kalau Allah tak sayang, Dia tak akan uji kita. Dia uji kita sebab nak lihat sama ada kita ini masih mengingatiNya atau tidak. Kita diuji supaya kita lebih dekat kepadaNya dan selalu mengingatiNya. Siapalah kita di sisi Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Agung. Kita cuma manusia kerdil dan hina yang sentiasa meraih simpati kepada Sang Pemilik dan Pencipta. Apa yang kita dapat dalam hidup kita, semua datang daripadaNya. Nikmat hidup, makan, menghirup udara, dari mana datang semua itu? Usah menjadi manusia yang sombong dan bongkak hanya kerana secubit harta yang Dia pinjamkan sementara buat kita, bila- bila masa sahaja Dia boleh menarik kembali nikmat kekayaan tersebut. Semua manusia tidak kira kaya atau miskin sama sahaja di sisi Allah S.W.T. Oleh itu, sentiasalah kita kembali kepadaNya supaya kita tidak lupa siapa kita yang sebenarnya. Amin..

SELAMAT BERPUASA..:)








No comments:

Post a Comment

JoM CeLoTeH Di Cni..:)