Tuesday, April 24, 2012

~PuDiNg SeJuk~

Assalamualaikum, hari ni blog yg dah lama tak terisi dgn entry2 melalut ni akan diisi dgn resipi pembasuh mulut yg sesuai dibuat di kala musim panas yg mampu mengisi tekak anda yg dahaga dgn nikmatnya..ngeh3x..
Bahan2 yg diperlukan ialah:

  1. Tepung kastard (xkira lah jenama apa, asal nama dia tepung kastard, cari sndiri dkt kdai)
  2. Susu pekat manis (2 camca, 1 camca utk buat kuah)
  3. 1 tin susu cair (pun xkira jenama apa, guna jenama yg slalu korg pkai)
  4. 1 biji telur
  5. 1/4 cawan gula
  6. Esen vanilla
  7. 1 tin buah campur (koktail)
Cara buat puding kastard
1 cawan tepung kastard dicampurkan dengan semangkuk besar air dan juga 1 camca susu pekat manis. Panaskan di atas dapur dan kacau perlahan lahan sehingga ia masak. Untuk mengetahui puding ni da masak, ia akan berubah menjadi kuning berkilat dan agak keras.

Cara buat kuah
Pukul telur sehingga kembang. 1 camca tepung kastard dibancuh dgn air sejuk. Campur semua adunan iaitu tepung kastard yg dibancuh dgn air dgn telur yg dipukul kmbang tadi, 1 tin susu cair, 1 camca susu pekat manis, 1//4 cawan gula dan esen vanilla. Kacau sehingga mendidih.

Last sekali, bila semua dah masak, sejukkan semua adunan td dan campur puding kastard dgn kuah td beserta dgn 1 tin buah campur (koktail). Kalau nak lg best, masukkan dlm peti ais kasi ia betul2 sejuk bru best nak makan time musim2 panas ni...:)

p/s: Sekadar berkongsi resipi utk menghilangkan dahaga pada musim2 panas sebegini..huhu..SELAMAT MENCUBA!!!^___^

Yummy!!!

No comments:

Post a Comment

JoM CeLoTeH Di Cni..:)