Saturday, October 29, 2011

Don't Judge A Book By Its Cover

Assalamualaikum...

Entry kali ini mungkin agak emotional sedikit, tapi tujuan menulis entry ni adalah untuk membuka mata para pembaca yang membaca blog saya nih (yang tak baca harap2 boleh la baca) tentang perangai manusia zaman sekarang yang suka menilai orang lain tanpa mengenali terlebih dahulu. Saya tulis entry ni berdasarkan pengalaman saya sendiri dan merasa agak sedih dengan sikap mereka yang sebegini.

Point pertama yang saya nak tekankan ialah menilai individu berdasarkan cara pemakaian. Saya nak kongsi pengalaman saya kerana saya pernah bersekolah di sekolah agama dahulu. Kalau boleh, saya xnak orang lain tau saya dari sekolah agama kerana orang akan menilai budak2 sekolah agama dengan penilaian yang tinggi. Saya mengaku walaupun saya dari sekolah agama, tapi cara pemakaian saya tidak melambangkan seorang yang alim. 

Pengalaman pertama saya ialah semasa ingin mengambil sijil tamat persekolahan. Ok, seperti yg saya katakan kat atas, pemakaian saya tidak melambangkan saya seorg yg alim, tapi maksudnya di sini, saya tak la pakai pakaian yg membuka aurat, cuma tudung saya xlabuh melebihi bahu dan xlabuh melebihi punggung, tudung yang saya pakai hanya melebihi paras dada tapi tidak labuh. Seperti gambar di bawah..

















Ok, nak dijadikan cerita lagi, ari tu, saya pakai blause labuh dan berseluar jeans (longgar). Ketika masuk dalam bilik guru, saya bersalam dengan seorg ustazah (nama xleh mention). Ustazah tu memang alim sebab dia pakai jilbab bulat. Lepas je bersalam, ustazah tu cakap macam nie, "bertuahnya budak ni pakai seluar". Memang agak malu selepas tu, tapi disebabkan saya menghormati beliau sbg ustazah, sy hanya mendiamkan diri jer..tapi lpas tu, saya tertanya tanya, salah ke seorg muslimah pakai seluar (tak kira la seluar jeans atau slack) tapi yang longgar??

Muslimah boleh bergaya apa sahaja gaya yang diingini, asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Islam. Seseorang muslimah boleh mengenakan seluar tapi biar yg longgar, bukan yg ketat..Tudung pun ikut suka la nak belit macam mana pun asalkan menutup dada supaya xnampak dua bonjolan kat depan tu, baju pun biar yg longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan bentuk badan anda..sekian terima kasih.

Ok, pengalaman kedua ialah semasa kelas Al Quran di Uitm. Seperti biasa, saya tak la pakai labuh2, hanya pakai biasa2 jer, tak kan kita nak jadi hipokrit semata mata nak pegi kelas al Quran? Cuma pakai beradab ckit, pakai baju kurung atau jubah tapi bertudung biasa. Nak dijadikan cerita, malam tu ustazah buat kelas tajwid. Sebelum ni ustazah hanya mendengar bacaan kami dan menegur di mana salah dan silap ketika membaca. Sebelum sampai giliran saya, ustazah berpesan kpd siswi lain yg masih kurang mendalami hukum tajwid supaya merujuk kpd org2 yg pndai dan dalam kelas tu ada beberapa org yg bertudung litup labuh dan dikenali oleh ustazah yg dikira memang pndai la dlm bab2 hukum tajwid ni. Apabila selesai saya menjawab semua pertanyaan ustazah tentang hukum2 tajwid, reaksi ustzh mcm nie, "eh, pndai jgk awak ni". Saya hanya mendiamkan diri. Dalam hati, "ustzh memandang rendah sy kerana pakaian sy mcm nie ke?" Kenapa lah cetek sgt pemikiran manusia zaman skrg?ustazah lpasan universiti pun boleh berfikiran cetek mcm ni (maaf jika bahasa sy agak kasar).


The world needs more positive people, perhaps the one like you..:-dipetik drp kata2 Mat Luthfi...please check in Judgemental.



Tidak Bermakna Orang Memakai Tudung Labuh Itu Solehah.. Mereka Hanya Terlepas Dari Satu Dosa Iaitu Tidak Membuka Aurat Dan Menutup Aurat Dengan Sempurna. Hanya Allah Yang Mengetahui Sejauh Mana SOLEHAH Seseorang Wanita itu, Kerana Allah Lebih Mengetahui Apa Yang Kamu Tidak Ketahui..

(Wanita Solehah Tidak Dipandang, dan Juga Tidak Memandang)

p/s:kata2 ni saya petik drp rakan FB saya..maaf copy paste awk punya kata2 hikmah..:)

No comments:

Post a Comment

JoM CeLoTeH Di Cni..:)