Sunday, July 17, 2011

ALaM PeRkAhWiNaN...:)

Kawen..Kawen..Kawen...

Bila umur dah mencecah 20 nie, banyak jer dengar berita kawan yg dah kawen, yela, umur 20 ni memang umur yg sesuai untuk meniti ke alam perkahwinan, tapi terpulang kpd individual itu sendiri sama ada nak kawen awal atau tidak....nak taw x kawen ni best ke tak???jeng3x..

Semalam sara pegi majlis kawen seorang kawan yg sebaya jgk dgn sara. Mula2 nak pegi tu, berdebar-debar jgak sampai boleh dkatakan macam kita plak yg nak kawen..hahahha..tapi sebenarnya berdebar sebab ni kiranya first time jgak pegi majlis kawen tanpa parents, kalau dulu selalu berkepit dgn mak jer n lebih2 lagi perempuan nie kalau pegi majlis kawen mestila kena masuk umah jmpa mak n pengantin tu sndiri, lelaki takpe,  pegi kenduri untuk makan jer...tapi bukan sara jer yg mengalami perasaan macam ni, kawan sara yg bernama Afifa pun sama, yela ni kira pengalaman pertama kitaorg menghadiri majlis kawen tanpa parents..:)

Hmm..kawan sara yang kawen ni sebenarnya dah menjalani majlis akad nikah pada bulan Jun yg lalu, dan majlis yg diadakan ini adalah majlis kawen kakak sulong kawan sara serta dikira majlis kesyukuran untuk kawan sara tu..lagi pun katanya, dye xnak buat majlis berlebih lebihan, cukupla sekadar memenuhi syarat wajib pernikahan..(Barakallahufik ya ukhti..^__^)

Banyak benda yg sara dapat drp majlis kawan sara semalam. Kawan sara tu memang seorg yg alim dan sara sangat suka melihat dye meraikan majlis perkahwinannya dgn cara yg sederhana, tak seperti org lain yg mengadakan upacara persandingan dengan gilang gemilangnya..(macam mana agaknya majlis kawen sara nnt..huhu). Oleh kerana kawan sara tu dh kawen dan majlis semalam merupakan majlis kakak sulongnya, kawan sara hanya memakai pakaian biasa iaitu bejubah hijau dan berpudah sedondon dengan suaminya yang jge mengenakan jubah sama warna dengan jilbab kawan sara..sweet kann..:)

Sampainya sara n fifa kat majlis kawan tu, sara terus call Imah, nama kawan sara yg kawen tu..:)kitaorg sgt segan nak masuk lor..huhu..Alhamdulillah, Imah angkat phone, yela, takut jgak mengganggu Imah yg tgh cbuk dgn urusan majlis tersebut. Kami dsambut oleh Imah di depan pintu..lega rasanya di hati dsambut oleh tuan rumah, nasib baik time kitaorg pegi tu bukan time yg kemuncak lagi dan Imah masih boleh melayan kami lagi..hehehe..

Turut sama terasa kebahagiaan yg dirasai kawan kami apabila Imah sedikit sebanyak menceritakan tentang pengalamannya menjadi isteri org, hmm lpas ni agak susah nak berjumpa Imah sbb dye da ada suami..Nasib baik la masa kitaorg pegi tu, suami Imah jge keluar untuk menyambut kawannya yg datang, jadi boleh la kami berborak pnjang dgn Imah...Kata Imah best dan untung kawen awal ni..hehhehehe..knp ye best?? "Best la sbab sentiasa ada teman di sisi kita untuk membantu dan menjaga kita.."(ciplak drp kata2 Imah)

Perkahwinan Imah pada pandangan sara sangat sederhana dan menepati syarak.Di hati berkata, bertuahnya Imah mendapat lelaki yg soleh dan dapat menjalani perkahwinan sebegitu.Teringat kata2 pujangga, 'LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN PEREMPUAN YANG BAIK JUGA UNTUK LELAKI YANG BAIK'. Imah seorang wanita muslimah yg sangat baik dan akhirnya Tuhan telah menjodohkan dye dengan seorg lelaki yg soleh juga..Mereka sangat sepadan dan secocok walaupun jarak umur di antara mereka agak jauh iaitu 7 tahun..Perkenalan mereka hanya memakan masa selama sebulan dan Alhamdulillah memang takdir dan jodoh di tangan Tuhan, mereka terus merancang untuk mendirikan rumah tangga..Selepas ini, mereka akan lebih mengenali hati budi masing-masing seperti yg disyariatkan dalam Islam, bercinta selepas berkahwin sangat bahagia. Kebahagiaan amat terselah di muka Imah dan kami turut menumpang gembira atas perkahwinan Imah..Dalam hati, bila time aku yer??hehehe.

Dalam alam perkahwinan, tanggungjawab merupakan sesuatu yg pasti. Kitaorg ada juga bertanyakan Imah macam mana memikul tanggungjawab seorg isteri, susah tak??hehehe..excited jer tgk kawan2 kita yg da kawen sampai sume mnda nak tanya kan...Imah kata xde susah sangat asalkan kita sentiasa ikut cakap suami kita.(InsyaAllah, sara pun akan TAAT dan SETIA pada suami sara nnt..AMEENN..)

Haa..tgh2 excited kami bercerita, ada la makcik2 yg nak jmpa pengantin ni masuk bilik Imah.Kami yg duduk dalam bilik tu pun terpaksa bersalam salaman sekali dgn tetamu2 yg datang.Nak djadikan cerita, ada seorg makcik ni salam dgn sara sambil berpeluk cium bagai..aiii,,knp ye makcik ni??dgn Imah xpeluk cium pulak masa bersalam tadi..jeng3x..rupanya makcik ni tersilap, dye ingat sara ni pengantin..adoii laa..malu sangat2 time tu sampai merah muka sayer..waa3x..(xpela, amk berkat Imah, tapi calon xde lagi,,cmne??ada sesiapa nak tolong cari???)^__^

Ok laa..da banyak melalutkan..xtaw daa nak tulis apa lagi tentang perkahwinan, cuma nak meluahkan sedikit pendapat lagi, hasil nasihat yg didengari drp banyak pihak dan hasil simpulan drp pengalaman yg didapati drp majlis Imah semalam...Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab, xkira lelaki atau perempuan apabila dah kawen, mesti ada tanggungjawab masing2..perkahwinan ni juga merupakan satu alam baru bagi kita di mana kita mesti pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, suasana baru, keluarga baru, rumah baru, dan macam2 lagi la yg baru bab kata orang, bila kita kawen ni, kita bukan sahaja kawen dengan pasangan kita, tetapi kawen dgn keluarga pasangan kita juga..:)


Ya Allah Kau kurniakan lah aku pasangan yang BERIMAN dan PENYAYANG, yang SOLEH dapat MEMBIMBING AKU dengan menjadi KETUA KELUARGA yang  BERJAYA...dan jadikanlah aku juga isterinya yang SOLEHAH, BERIMAN dan PENYAYANG, yang TAAT KPD SUAMIKU..serta dapat MEMBANTU SUAMIKU MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN KAMI.....AMINNN..

saya nak pelamin pink macam ni bole??^__^

p/s: Semoga perkahwinan Imah dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat..aminn...SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

3 comments:

  1. waaahh! srnok kak aki baca! tahniah la buat imah, kwan sarah tu ye. ni imah yg skul mana? k.aki xkenal kan? enway, nnti smpai la turn sarah lak. jgn lupa jmput ye! ^^

    ReplyDelete
  2. heehe..imah kawan skolah rndah..wahh..bla la turn sarah 2..insyaAllah..kak akiey pun sama..owg tggu kak akiey dlu la,,hehhehe

    ReplyDelete
  3. seronok sebenarnya bila tgk org muda2 dah kawin, teringin jugak TAPI..cikpija tak berapa bersedia lagi la wlupun teringin sebenarnya HEHEHE..dan calonnya belum ada. InsyaAllah, sama2 kita solehahkan diri sebelum mencari yang soleh. Amin.

    ReplyDelete

JoM CeLoTeH Di Cni..:)