Friday, February 21, 2014

Soal Hati

Assalamualaikum...

Pernah tak korang rasa ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau yang kita suka? Kita dah habis setia, tapi at last dia pergi jugak tinggalkan kita. Benar, sesungguhnya hati manusia itu berbolak balik, mampu berubah bila-bila masa dengan sekelip mata. Jadi sesetia mana pun kita, haruslah kita sentiasa beringat dan kembali pada yang Satu, kerana hanya Dia yang tak pernah tinggalkan kita, sentiasa menemani kita di setiap waktu senang atau sulit. Hanya kita yang selalu lalai dan alpa dengan nikmat dunia yang kita kecapi, apabila senang, kita lupakan Dia, bila dalam keadaan susah, sedih, baru lah kita mencariNya kembali, betapa hinanya kita sebagai hambaNya yang selalu lalai dalam menjalankan tugas kita.

Jadi di sini aku mohon moga Allah tetapkan hati orang yang aku sayang agar dia tidak berubah hati untuk sentiasa menyayangiku dan menerimaku seadanya. Semoga jodohku nanti juga begitu. Persiapkanlah dirimu untukku, dan aku juga cuba memperbaiki dan mempersiapkan diriku untukmu wahai bakal suamiku..:)



Moga hati kita bersatu